Subscribe:

Monday, May 16, 2011

Cerita Baru Tiga beradik

Nadhirah dah nak abis sekolah tadika di Tadika Amal Al-hidayah tahun ni. Maknanya tahun depan masuk darjah satu. Dah nak masuk tujuh tahun dah dia nih. Kalau ikutkan fizikal semua orang kata macam dah darjah 3.

Tapi sekarang ni dia agak aktif. Tak naik badan tapi makin tinggi. Dia dah agak matang dari rakan-rakan lain. Al-hamdulillah... Allah bagi dia minda yang baik dan cerdas. Mudah ingat dan cepat belajar.


Nadhirah sangat bergaya ketika memakai tudung...

Syahirah pula... tahun ini tahun akhir tinggal bersama pengasuh kesayangannya iaitu Kak Idah di Batu 12, Gombak. Tahun depan dia akan bertadika di Tadika kakaknya juga, InsyaAllah. Usia 4 tahun adalah terbaik mengikut keadaan terkini untuk menyekolahkan anak-anak supaya cepat belajar. Zaman ini bukan macam zaman dahulu lagi. Orang dahulu hebat. Walaupun lewat ke sekolah formal tapi mereka hebat. Boleh jadi ulama besar dengan sebab kehebatan mereka malah boleh menguasai banyak ilmu dalam satu-satu masa.

Orang bukan Islam, terutama yahudi, mereka menyekolahkan anak mereka sejak dalam perut lagi. Kalau kita orang Islam leka dan lambat memberi pendidikan... kita akan ketinggalan lagi.



Syahirah bersemangat untuk ke sekolah tahun depan...





Syahirah, Nadhirah dan Syafiqah.

Syafiqah pula... mmm dah laju dah berjalan. memang ligat. Aktif. Gigi dah banyak. Pantang jumpa sesuatu, semua nak gigit. Kasut dia pun dia nak gigit, kalau terlepas pandang habis la. Selera makan pula bertambah. Fizikal dah macam Nadhirah zaman kecik-kecik. Tengok beberapa bulan lagi... kalau dia kuat minum susu Anmum pasti bulat jugak.



Aisyah (sepupu), Syahirah dan Syafiqah sedang bermain

0 comments: