Subscribe:

Tuesday, May 24, 2011

Camping

Sabtu lepas, 21 Mei, kami sekeluarga ber'camping' di Pantai Port Dickson. Ini adalah antara aktiviti bagi memenuhi cuti hujung minggu. Pengalaman kali pertama ini agak menarik dan insyaAllah akan diteruskan.

Nadhirah dan Syahirah sedang bermain pasir

Suasana di Pantai PD sangat menarik, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Cahaya yang terang benderang tidak menghadkan aktiviti pengunjung. Mereka boleh bermain apa sahaja aktiviti siang di sebelah malam di pantai termasuk bola sepak pantai, bola tampar, berlari, berjalan, bersantai, berkelah dan untuk anak-anak pula mereka boleh bermain pasir sesuka hati.

Khemah kami yang tak seberapa dan planning nak dapatkan yang baru

Suasana sekitar kawasan perkhemahan

Kakak dan adik taknak tidur. Nak main pasir je

Nadhirah dan Syahirah begitu asyik bermain sehingga lewat pagi. Sehingga pukul 2 baru ada tanda-tanda mengantuk dan tertidur dalam khemah. Setelah hampir pagi, terasa amat sejuk. Angin agak kuat... Tapi syukur hujan tak turun.

Aktiviti pagi pulak, selepas solat, segera bersarapan nasi lemak dan air milo panas. Selepas itu... mandi laut. Hampir tengah hari barulah kami pulang.

0 comments: