Subscribe:

Wednesday, December 17, 2008

Nak Belon

"Terima kasih ayah", ucap Nadhirah berkali-kali pada aku. Sayu dan terkilan hati aku sebab buat dia menangis semalaman malam semalam kerana aku tak belikan dia belon dekat petronas semasa mengisi minyak. Rasa bersalah pun ada.

Demi memujuknya pada malam itu aku berjanji nak gi petronas sama-sama balik kerja besok nanti. Aku bagi padanya tiga ringgit. Berkali-kali dia cakap "ayah... besok kita beli belon ye... sayang ayah".

"Jom, dah sampai petronas...". Aku hanya berdua je masa tu. Aku lihat Nadhirah gembira sangat.

"ye... ye... nak beli belon..."

Aku meminpin tangannya masuk ke stesen minyak itu. Agak lengang suasana mungkin sebab dah lewat malam. Dah pukul 12 tengah malam dah pun.

"Ayah... beli la dua, adik satu kakak satu...", pintanya.

"Satu dahlah kak... adik kecik lagi, kakak share la dengan adik ye..."

"Kakak pilih la ".

Dipegangnya yang ada gambar pooh dan satu lagi gambar Barby. Nampak macam dua-dua dia suka. Akhirnya dia hanya ambik yang bergambar barby... kebetulan dia pakai baju tidur yang bergambar barby.

Aku hanya ambik air tin 100 Plus dan terus bayar bersama belon. Belon yang berharga RM4.90 itu dipegangnya erat. Nampak gembira sangat. Waktu perjalanan balik pun berkali-kali dia ucap terima kasih... cakap sayanggg ayah...

"Sama dengan belon yang ayah beli masa kakak dekat hospital Selayang...", kata Nadhirah.

Rupanya dia masih ingat... walaupun masa dia masuk wad dulu umurnya baru setahun lebih dan sekarang umurnya nak masuk 4 tahun. Subhanallah...

Ya Allah... didiklah anak-anakku sebagaimana Engkau didik orang-orang yang soleh, hebat untuk keuntungan agamaMu di masa hadapan.

Monday, September 15, 2008

I Love to Eat

Licking Ice-cream at Seven Beach with Maksu

Eating Sata and Otak-otak at Kemaman, 'Ganu.

Nadhirah and her cousins

Fadhlina, Haslina, Nadhirah, Siti Khalijah, Amani dan Suhaibah (taken on 19th December 2007)

Sunday, September 14, 2008

Dua-dua Kena!

Awal Ogos 2008, dua-dua Nadhirah dan Syahirah demam dan batuk serta alahan sehingga bebarapa kali dibawa ke Gombak Medical Centre untuk mendapat rawatan dan ubat.
Sedih sangat tengok dua-dua lemah dan merenget kesakitan. Kesian Mama dia terpaksa berjaga malam jaga dua-dua ni.
Mula-mula kakak dulu yang demam dan batuk. Elok je kakak, adik pulak dapat. Disebabkan adik yang baru 5 bulan dan masih lemah kami terus rujuk pada Hospital Selayang kerana demam berlanjutan selama dua minggu selepas ambil ubat di GMC.
Syahirah ditahan di wad selama 3 hari untuk rawatan dan pemerhatian. Sepanjang tempoh itu kami ambil cuti untuk jaga Syahirah di wad. Manakala Nadhirah pula tinggal dengan pengasuh. Pada masa yang sama Cik Lah dia convo, keluarga semua datang. Tak dapat pegi convo dan tak dapat nak layan demo-demo dengan baik.
Pesan Doktor, jangan dedah anak-anak di tempat-tempat awam. diorang kecik lagi. Mudah kena jangkitan. Thank you Doktor!
Nadhirah sedang menerima rawatan di GMC kerana demam dan batuk

Syahirah dirawat di wad kecemasan, Hospital Selayang kerana demam, batuk dan alahan.

Syahirah ditahan di wad tiga hari

Sunday, July 20, 2008

OTK Julai 2008

Do Rae Mon...

"mama, nak naik spiderman..."


"Jom la main buai, ayah..."

Care about

"I promise, I'll take care of our child..."

Syahirah setengah bulan...

Sunday, June 29, 2008

Jun 2008

Nadhirah, Shopping kat Tesco Ampang pada 28 Jun 2008.

Syahirah 25 Jun 2008


Affan Seafood Restaurant, 24 Jun 2008

Tuesday, June 24, 2008

Nadhirah

Nadhirah, 4 tahun. (Jun 2008)