Subscribe:
  • Tadika Amal

    Gambar kenangan Nadhirah dan kawan-kawan serta cikgu semasa belajar di Tadika Amal Al-Hidayah Gombak pada tahun 2011

  • Nadhirah dan sepupu

    Nadhirah bersama sepupu-sepapat pada tahun 2008 di kampung Geting Pengkalan Kubor Tumpat Kelate

  • Berbasikal

    Aktiviti berbasikal bersama adik-adik di waktu petang amat baik untuk kesihatan

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Sed dignissim mauris nec velit ultrices id euismod orci iaculis. Aliquam ut justo id massa consectetur pellentesque pharetra ullamcorper nisl...

Tuesday, August 28, 2012

Ucapan Raya


Ucapan Hari Raya AidilFitri oleh Nadhirah, Syahirah, Syafiqah dan sepupunya Haslina dan Aisyah...

Tuesday, June 19, 2012

Bermain Layang-Layang

Sekali sekala kami sekeluarga berekreasi di Taman Layang-layang Kepong (Taman Metropolitan). Macam-macam aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berjoging, bersenam, berbasikal, berkelah, beriadah dan paling disukai ialah bermain layang-layang. Kalau hari minggu lagi ler ramai yang bermain sampaikan ada tali layang-layang yang bertembung dan terbelit. Tapi yang tak bestnya apabila angin tak bertiup laju. Terpaksalah anak-anak berlari-lari untuk menaikkan layang-layang. Keadaan di sini memang meriah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk bersama keluarga di sini.

 




Dua beradik yang suka bermain layang-layang

Cerita Nadhirah: Tertidur

"Mama... best la kat sekolah hari ni..." kata Nadhirah.

"Ye ke...", jawab Mama. Aku cuma mendengar sambil memandu.

"Best Ma... hari ni ada perhimpunan kat sekolah agama, lepas tu cikgu bagitahu semua buku kena balut, kalau tak balut cikgu nak ambik balik, lepas tu cikgu bagitahu kena datang sekolah hari-hari, tak boleh tinggal... kalau tinggal lebih 30 hari cikgu nak buang sekolah..." cerita Nadhirah dengan panjang lebar.

Mama bertanya "apa yang bestnya...?"

Nadhirah menjawab, "best la sampai kakak tertidur...".

Kami semua gelak dengan cerita cerianya setiap hari.

Apa ra kakak ni, masa perhimpunan pun boleh tertidur... kesian anak ayah letih sangat sekolah pagi petang. Semoga kakak sihat selalu untuk menghadapi persekolahan.
Nadhirah 'peace...'

Monday, May 7, 2012

Permata Hati

Syafiqah - Mei 2012

Syahirah - Mei 2012

Nadhirah 2012

Wednesday, May 2, 2012

Happy Sokmo

Video ini sempena harijadi Kakak. Ini adalah gambar terbaik sepanjang 2011 dan awal tahun 2012. 

Happy Birthday untuk Kakak

Happy Birthday Nadhirah

"Selamat Hari Lahir Nadhirah", ucapan dari semua untuk Nadhirah. Hari ini genaplah Kakak berumur 7 tahun. 2012 adalah tahun yang sangat mencabar bagi usianya kerana permulaan alam persekolahan. Tambahan pula bulan Mei merupakan pertengahan tahun pembelajaran, masa yang sangat sibuk untuk mengadaptasi suasana dan menyerap sebanyak mungkin ilmu pelajaran yang diajar.

Masih segar dalam ingatan pada tujuh tahun yang lalu, semasa kakak dilahirkan di Hospital Selayang. Perasaan bercampur-campur. Kakak dilahirkan secara Ceaserian. Pengalaman pertama yang sungguh mendebarkan. Hanya kalimah Tuhan serta doa yang bermain di bibir dan fikiran. Sungguh mahal nilainya saat-saat itu. Maha Suci Allah yang memudahkan segalanya.

Banyak sekali pengalaman bersama Nadhirah dan sebanyak itu Nadhirah menjadi peneman di kala teman-teman tidak ada lagi. Belajar menerima seadanya dari kami. Belajar berbudaya dan beradat semuanya. Belajar Agama dan Syariah harapannya...

Tidak ada yang didoakan selain dari semua kebaikan untuk Nadhirah dan dihindari dari kejahatan. Semoga Allah memudahkan jalan-jalannya... Semoga mendapat cahaya dari suluhan Nur Ilahi untuk melalui kehidupan ini. Selamat hari lahir Nadhirah...

Monday, April 16, 2012

Berbasikal lagi...

Tiga orang ni memang suka main basikal time petang-petang. Itupun kalau ayah ada masa untuk bawak diorang ke lokasi permainan di padang UIA.

Aktiviti seperti ini banyak faedahnya terutama boleh menyihatkan badan serta merefreshkan minda mereka. Zaman kanak-kanak perlu diisi dengan sebaik mungkin. InsyaAllah aktiviti berfaedah ini akan diteruskan. Nampaknya ayah pun kena beli basikal satu untuk bersaing dengan mereka. Ayah pun nak sihat jugak.

Hujung minggu ni kita pergi ke taman pulak ye. Ok lah anak-anak... jom kita balik... dah nak maghrib... kita main lagi lain kali.

Keceriaan Nadhirah, Syahirah dan Syafiqah ketika bermain basikal