Subscribe:

Wednesday, December 17, 2008

Nak Belon

"Terima kasih ayah", ucap Nadhirah berkali-kali pada aku. Sayu dan terkilan hati aku sebab buat dia menangis semalaman malam semalam kerana aku tak belikan dia belon dekat petronas semasa mengisi minyak. Rasa bersalah pun ada.

Demi memujuknya pada malam itu aku berjanji nak gi petronas sama-sama balik kerja besok nanti. Aku bagi padanya tiga ringgit. Berkali-kali dia cakap "ayah... besok kita beli belon ye... sayang ayah".

"Jom, dah sampai petronas...". Aku hanya berdua je masa tu. Aku lihat Nadhirah gembira sangat.

"ye... ye... nak beli belon..."

Aku meminpin tangannya masuk ke stesen minyak itu. Agak lengang suasana mungkin sebab dah lewat malam. Dah pukul 12 tengah malam dah pun.

"Ayah... beli la dua, adik satu kakak satu...", pintanya.

"Satu dahlah kak... adik kecik lagi, kakak share la dengan adik ye..."

"Kakak pilih la ".

Dipegangnya yang ada gambar pooh dan satu lagi gambar Barby. Nampak macam dua-dua dia suka. Akhirnya dia hanya ambik yang bergambar barby... kebetulan dia pakai baju tidur yang bergambar barby.

Aku hanya ambik air tin 100 Plus dan terus bayar bersama belon. Belon yang berharga RM4.90 itu dipegangnya erat. Nampak gembira sangat. Waktu perjalanan balik pun berkali-kali dia ucap terima kasih... cakap sayanggg ayah...

"Sama dengan belon yang ayah beli masa kakak dekat hospital Selayang...", kata Nadhirah.

Rupanya dia masih ingat... walaupun masa dia masuk wad dulu umurnya baru setahun lebih dan sekarang umurnya nak masuk 4 tahun. Subhanallah...

Ya Allah... didiklah anak-anakku sebagaimana Engkau didik orang-orang yang soleh, hebat untuk keuntungan agamaMu di masa hadapan.

0 comments: